1/3-12/3/2014 UMRAH (12hari) RM5850

Kod Pakej :  U3/14 B 1/3

Nama Pakej :  UMRAH AWAL MAC 2014 berlepas 1/3/2014

Berlepas :   Sabtu 1/3/2014 di KLIA, Bilangan Hari : 12 HARI, Nama hotel di Madinah : MADINAH MANAZEILY atau setaraf (150 – 250meter), Nama hotel di Mekah : NASEEM AL-TAAJ atau setaraf (300 – 500 meter),  Balik & mendarat di Malaysia :  Rabu 12/3/2014  di KLIA,  Harga Pakej : RM 5850. (Semua tarikh dan harga pakej tertakluk kepada perubahan).

Borang Pendaftaran Umrah


Rombongan HAJIUMRAH.COM di depan Masjid Nabawi. (Ustaz Halim berjubah putih di tengah).

HARI 01– Jemaah tiba dan Check-in dan berlepas dari KLIA. Jemaah yang tiba awal sila duduk di kerusi-kerusi dan tunggu berdekatan dengan Pintu 05 di Lantai Berlepas (Departure Floor), iaitu tingkat yang teratas sekali. Pasport, visa, tiket dll akan diserahkan kepada jemaah di KLIA nanti.

HARI 02 – Rombongan jemaah mendarat dan tiba di Jeddah Aiport. Jemaah kemudiannya tiba di Madinah dengan menaiki bas ekspress. Jemaah dibawa Ziarah Masjid Nabawi dan Maqam Rasulullah saw. Kemudian acara bebas di Raudhah, sebuah taman dari taman-taman Syurga (Hadis).

HARI 03 & 04 – Rombongan dibawa dengan menaiki bas untuk Ziarah Madinah iaitu melawat tempat-tempat bersejarah peninggalan Rasulullah saw dan para Sahabatnya. Jemaah membeli kurma di Pasar Kurma. Jemaah sedia dalam keadaan berwudhuk di hotel sebelum menaiki bas untuk mengerjakan satu solat sunat di Masjid Qubak untuk mendapat pahala satu Umrah (Hadis).

HARI 05 – Jemaah bersiap untuk berihram dan bas bertolak menuju ke Mekah. Jemaah akan singgah sebentar, bersolat sunat Ihram dan Niat Umrah di miqat Bi’r Ali (kira-kira 7 km dari pusat bandar Madinah) . Didalam bas, jemaah bertalbiyah dan berehat. Setiba di Mekah jemaah akan mengerjakan tawaf dan saie bagi Umrah yang pertama dibawah bimbingan mutawif.

Rombongan HAJIUMRAH.COM di dalam Masjidil Haram. (Ustaz Halim dua dari kiri).

HARI 06 – Jemaah dibawa dengan bas untuk Ziarah Mekah iaitu melawat tempat-tempat bersejarah di Mekah seperti bukit Jabal Thaur (ada Gua Thaur tempat Nabi saw dan Abu Bakar As-Siddiq bersembunyai ketika Hijrah) dan bukit Jabal Nur (ada Gua Hirak tempat Nabi saw menerima wahyu pertama) serta tempat-tempat Manasik (mengerjakan ibadat) Haji seperti padang Arafah, Muzdalifah dan Mina. Di tempat lawatan terakhir jemaah akan bersiap ihram dan Niat Umrah di miqat Jakranah. Selepas itu bas membawa jemaah kembali ke hotel atau Masjidil Haram untuk menyempurnakan ibadat Umrah yang kedua.

HARI-HARI SETERUSNYA – Jemaah dibawa melawat ke tempat-tempat bersejarah dan miqaat Umrah untuk mengerjakan Umrah. Tempat-tempat bersejarah termasuk Hudaibiyah (tempat Nabi saw mengadakan Perjanjian Hudaibiah dengan Quraisy), kubur isteri-isteri Nabi saw dan sebagainya.

HARI TERAKHIR – Setelah jemaah menurunkan beg-beg besar ke bawah hotel, Tawaf Wadak (tawaf perpisahan) sebelum bertolak ke Jeddah Airport untuk berlepas pulang ke Malaysia. Setiap orang akan mendapat hadiah satu tong 10 liter Air Zamzam untuk dibawa pulang ke Malaysia.

Jemaah HAJIUMRAH.COM tiba di KLIA.

HARI TIBA KLIA : Rombongan jemaah mendarat dan disambut oleh sanak saudara sebaik tiba di KLIA. (Tarikh dan masa mendarat adalah seperti jadual yang disediakan).

(Tarikh & masa aktiviti-aktiviti di Mekah & Madinah yang dipaparkan di atas boleh berlaku perubahan di saat akhir mengikut kesesuaian. Sila rujuk kepada notis yang akan ditampal di dinding hotel di Tanah Suci nanti).

Kod Pakej :  U3/14 B 1/3

Nama Pakej : UMRAH AWAL MAC 2014 berlepas 1/3/2014

Berlepas : Sabtu 1/3/2014 di KLIA, Bilangan Hari : 12 HARI, Nama hotel di Madinah : MADINAH MANAZEILY atau setaraf (150 – 250meter), Nama hotel di Mekah : NASEEM AL-TAAJ atau setaraf (300 – 500 meter),  Balik & mendarat di Malaysia :  Rabu 12/3/2014  di KLIA,  Harga Pakej : RM 5850. (Semua tarikh dan harga pakej tertakluk kepada perubahan).

Borang Pendaftaran Umrah

 

HARAPAN ANDA MATLAMAT KAMI

Ustaz Halim HAJIUMRAH.COM 019-678 0000