BIMBINGAN HAJI

Sebahagian ahli rombongan Pakej Haji HAJIUMRAH.COM pada Musim Haji 2009M yang lalu.

Apabila anda, isteri, keluarga atau teman-teman telah bertekad untuk menunaikan ibadah Haji, anda bolehlah memulakan proses memohon seperti berikut :

1- Mengisi Borang Naik Haji di mana-mana pejabat Tabung Haji yang berhampiran. Anda dikehendakki mempunyai simpanan minima sebanyak RM1,300.00 dalam Akaun Tabung Haji.

2- Buat Surat Rayuan untuk menunaikan Haji pada tahun tersebut. Anda dinasihati menyerahkan SUrat Rayuan dengan segera pada bulan Muharram tahun berkenaan.

3- Adalah sangat digalakkan tuan puan berusaha untuk mendengar Komen-komen Jemaah Lalu berkenaan dengan pakej mana-mana syarikat supaya tuan puan mendapat perkhidmatan yang terbaik, apatah lagi untuk mendapat Haji yang Mabrur.

Itu sahaja. Begitu mudah. Setelah tuan puan mendaftar, tuan puan akan dimaklumkan tindakan susulan dari masa ke semasa. Sekian, terima kasih.

Sebelum tiba Hari-hari Haji (8 – 13 Zulhijjah), diadakan “Raptai Haji” dengan cara membawa jemaah haji dari Mekah (berniat) ke Arafah (berwiquf) ke Muzdalifah (tempat mermabit nanti) ke Mina (tempat bermabit, bergunting dan melontar Jamrah) dan ke Mekah (tawaf dan saie). (Foto: Jemaah sedang Raptai Haji di Padang Arafah sebelum Haji. Kelihatan Ustaz Halim memegang hailer membimbing program Raptai Haji).

Aturcara Pakej Haji dijangka tidak banyak berubah seperti tahun-tahun lalu, adalah seperti berikut :

  1. Jemaah melapur diri di Kompleks Tabung Haji, Kelana Jaya, Selangor pada masa yang telah dimaklumkan melalui surat oleh pihak Syarikat. Timbangan bagasi, serahan pasport dan cenderahati akan dibuat di sana.
  2. Jemaah menaiki bas yang disediakan menuju ke KLIA. Perjalanan mengambil masa 1 jam.
  3. Di KLIA, Jemaah berehat, solat jika masuk waktu dan masuk ke pesawat setelah pengumuman dibuat.
  4. Selepas 6 jam di udara, Jemaah akan berniat Umrah (jika Tamattuk) atau Haji (jika Ifrad) dan berTalbiyah.
  5. Setiba di Lapanganterbang Jeddah, Jemaah akan menaiki bas Muassasah Saudi menuju ke Mekah.
  6. Di Mekah, setelah masuk bilik di hotel, Jemaah akan dibawa ke Masjidil Haram untuk menyempurnakan Tawaf, Umrah dan Bergunting (jika Umrah) masing-masing.
  7. Pada hari 8 Zulhijjah, Jemaah akan bertolak ke Padang Arafah untuk berwuquf pada 9 Zulhijjah, kemudian ke Muzdalifah pada malam Aidil Adha untuk bermabit (bermalam), kemudian ke Mina.
  8. Di Mina, pada 10 Zulhijjah, Jemaah akan melontar Jamrah Aqabah, bergunting lalu berTahallul Awal (Pertama), kemudian akan bermabit (bermalam) dan melontar Jamrah Ula, Wusta dan Aqabah pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah.
  9. Jemaah akan pulang ke Mekah dan menyempurnakan Tawaf Haji dan Saie Haji, lalu berTahallul Thani (Kedua). Dengan ini ibadat Hajinya tamat. Semoga mendapat Haji yang mabrur.
  10. Sebaik semua jemaah telah menyempurnakan ibadah Haji masing-masing, program-program Umrah dan Ziarah akan diatur hampir setiap hari seperti Umrah Tan’iem, Umrah Jakranah, Umrah Hudaibiah, ziarah maqam isteri-isteri Nabi saw, Khadijah dan Maimunah, Museum Mekah, masyarakat Melayu di Mekah dan sebagainya.
  11. Setelah Tawaf Wadak, Jemaah bertolak ke Madinah dan tiba selepas 6 jam perjalanan bas.
  12. Di Madinah, Jemaah akan dibawa menziarahi Maqam Rasulullah saw, Abu Bakar As-Siddiq, Umar Al-Khattab, Rawdhah (taman dari taman-taman Syurga (- Hadis), Uthman bin Affan, isteri-isteri dan anak-anak Nabi saw. serta lebih dari 40 tempat bersejarah !! . Setiap tempat akan diberikan penerangan terperinci beserta pengajarannya.
  13. Jemaah berpeluang solat di Masjid Qubak, Madinah bagi mendapat pahala satu Umrah seperti yang disebut dalam Hadis.
  14. Jemaah berlepas pulang ke Malaysia (KLIA) dari Lapanganterbang Madinah.
  15. Jemaah tiba di KLIA pada masa dan tarikh yang telah ditetapkan di dalam jadual penerbangan.

 

Jemaah HAJI semasa bermalam di Mina. Program-program diatur memberikan pengajaran kepada jemaah Haji diantaranya ceramah Sejarah Mina, Qiyamullail, solat berjemaah, wirid dan zikir serta majlis Taaruf.  Kelihatan Ustaz Halim sedang berdiri dan memberikan tunjuk ajar.

Jemaah di Jamrah untuk menyempurnakan Lontaran Jamrah Ula, Jamrah Wusta dan Jamrah Aqabah.

Ustaz Abdul Halim Abdullah,

B.A. (Al-Azhar, Mesir), G.D. (Cairo), B.E. (Queensland), 

Sijil Kursus Pengelola Haji Tabung Haji (Universiti Sains Islam Malaysia – USIM), Peserta Muzakarah Pengkursus Haji & Umrah Tabung Haji Malaysia

Tel : 019 – 678 0000

Kepada Semua Bakal Haji,

Tuan / Puan,

 TAWARAN PERKHIDMATAN HAJI OLEH PENGELOLA JEMAAH HAJI (PJH).

Adalah dimaklumkan, setiap bakal haji boleh mendapatkan perkhidmatan pakej haji untuk menunaikan fardhu haji melalui Pakej Haji TH-Swasta oleh Agensi Pelancungan yang Tabung Haji luluskan dengan diberi Lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH). Pemilihan Jemaah Haji adalah tertakluk kepada Kuota Haji (yang dibenarkan oleh Kerajaan Arab Saudi).

Dalam Pakej Haji TH-Swasta, perkhidmatan untuk bakal-bakal jemaah haji adalah disediakan oleh kedua-dua Agensi Pelancungan dan juga Tabung Haji seperti berikut :

(A) KHIDMAT OLEH TABUNG HAJI

1.Pasport Haji.

2.Penerbangan catar Haji (chartered flight).

3.Perkhidmatan Muassasah Asia Tenggara & Zamzami di Mekah, Adillak di Madinah dan Wakil Bersatu di Jeddah serta upah mengangkat bagasi.

4.Khemah dan makan minum di Arafah dan Mina.

5.Pengangkutan bas dari Jeddah ke Madinah / Mekah / Arafah / Muzdalifah / Mina / Mekah / Jeddah.

6.Buku Panduan Ibadat Haji.

7.Kursus Haji. Pejabat Daftar Haji akan memaklumkan tarikh, masa dan tempat kursus haji kepada semua bakal jemaah haji yang terpilih dalam kuota haji dan di dalam senarai ‘stanby’.

8.Pemeriksaan kesihatan. Pejabat Daftar Haji akan menghubungi bakal-bakal Haji yang terpilih dalam bulan Syaaban untuk menjalani pemeriksaan kesihatan dan suntikan vaksin anti-Meningitis. Bakal jemaah Haji perlu membeli Buku Rekod Rawatan di Pejabat Daftar Haji dengan harga RM3 senaskhah. Bakal Haji yang tidak lulus pemeriksaan kesihatan akan ditangguh pemergiannya ke Tanah Suci sehingga disahkan oleh doktor bahawa kesihatannya pulih dan boleh menunaikan Haji.

9.Tanda pengenalan diri. Pejabat Daftar Haji akan menyerahkan Gelang Pengenalan Haji dan lencana nama kepada bakal jemaah haji yang terpilih pada tahun tersebut mengikut jadual yang diaturkan.

10.Perkhidmatan Kebajikan dan Perubatan di Tanah Suci.

11.Pengeluaran wang di Tanah Suci. Setiap bakal jemaah haji digalakkan menyediakan wang dengan jumlah yang berpatutan untuk memenuhi sebarang keperluan selain daripada perbelanjaan makan minum disediakan oleh pihak Pakej. Wang ini boleh dimasukkan ke dalam akaun TH untuk dikeluarkan semasa berada di Mekah dan Madinah.

(B) KHIDMAT OLEH SYARIKAT PJH

1.Hotel atau tempat penginapan yang berdekatan dengan Masjidil Haram dan Masjid Nabawi berbanding menunai Haji cara Muassasah.

2.Makan minum di tempat penginapan berbentuk buffet sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam. Khidmat air panas dan sejuk disediakan 24 jam.

3.Bimbingan oleh guru agama yang berpengalaman dan bertauliah.

4.Umrah percuma sebanyak 7 kali dengan berniat di Tan’iem, Jakranah dan Hudaibiah.

5.Cenderahati berupa buku doa, beg pakaian, kain ihram untuk lelaki dan telekung untuk wanita.

6.Ziarah tempat-tempat ibadah dan bersejarah di Mekah dan Madinah.

PERBEZAAN UMUM CARA PAKEJ BERBANDING DENGAN CARA MUASSASAH

1.Kebiasaannya hotel bagi Pakej lebih dekat dari jarak hotel cara Muassasah. Bagi jemaah cara Muassasah, mereka boleh ditempatkan di mana-mana hotel di Mekah dalam lingkungan sekitar 900 meter dari Masjidil Haram.

2.Makan cara Muassasah adalah secara nasi bungkus yang dihantar ke pintu-pintu bilik tidur. Makan cara Pakej ialah secara buffet.

3.Guru agama di Pakej mengendalikan bilangan jemaah yang kecil (sekitar 100 – 300 orang) dan boleh dibuat lebih tumpuan berbanding dengan cara Muassasah di mana seorang ustaz dan seorang ustazah ditugaskan kepada lebih kurang 2500 orang jemaah haji.

4.Umrah-umrah selepas Haji dibuat atas inisiatif sendiri oleh jemaah cara Muassasah. Jemaah Pakej menyediakan bas dan program tersusun sebelum dan selepas Haji.

5.Tiada ziarah di Mekah diatur, tetapi terdapat pihak-pihak tertentu termasuk Muassasah mengaturnya dengan dikenakan bayaran. Pakej mengatur ziarah tempat-tempat menarik.

6.Ikatan jemaah Pakej selalunya lebih erat kerana mereka sering diprogram bersama dalam lawatan, kuliah, makan minum dan sebagainya.

Sekian, terima kasih.

Ustaz Abdul Halim Abdullah 019 – 678 0000